background img

Video-video Siakap

Assalamu'alaikum......
Untuk tatapan semua 6 video memancing siakap yang diambil dari youtube...
Siakap Merah


Download siakap merah 2 kilo  kg dew rosmijam video


Download Siakap Merah 2010 video

Mancing Udang

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... 07 Disember 2010 Jam 5.45pm... walaupun musim banjir di pantai timur lebih-lebih lagi di Dungun Terengganu dan keadaan air sungai yang amat besar serta berarus deras lebih-lebih lagi di Sungai Durian Mentangau Dungun, Mmm Mancing tetap mancing, biarlah orang kata "air sungai besar tu... arus laju tu... mana ada udang makan..." habis ni bukan udang haha... kalu ada rezeki tu ada juga kan, tak kiralah macam mana pun, kalu dah Tuhan nak bagi tetap akan dapat ker guana...

Mancing Di Sungai Bandar Baru Kerteh

Beginilah pemandangan indah di Sungai Bandar Baru Kerteh Kemaman Terengganu yang terletak di Bandar Baru Kerteh, untuk pergi ke lokasi ini perlu berjalan kaki sejauh hampir 350m dari jalan raya kerana permukaan tanahnya yang berpasir dan berhutan. Kebanyakkan ikan-ikan yang terdapat di sini adalah dari kategori A seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Jenahak, Kuku, Pari dan lain-lain lagi, lihatlah sungainya memang sesuai untuk bergewang(Casting).

Ikan Kapas

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... kepada pembaca-pembaca Blog Siakappaka... 02 Disember 2010 Khamis Jam 06:40pm si ikan kapas seberat 300g dianggarkan yang berjaya dipancing oleh Bro Hadi di kawasan Sungai Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu.

8 amalan yang perlu dinilai terhadap diri sendiri

1. Solat jamaah
- Bagi isteri2 yang sibuk menguruskan rumah tangga dan anak2, manakala suaminya  seorang yang  tetap mengerjakan solat jamaah, maka si isteri juga akan mendapat pahala solat berjamaah.

2. Solat sunat
- sehari semalam, cuba amalkan 8 solat sunat, iaitu:
* solat sunat selepas berwuduk
* solat sunat rawatib
* solat sunat Witir (sblm tidur/ slps bangun tidur)
* solat sunat Tahajjud
* solat sunat Dhuha
* solat sunat Taubat
* solat sunat Hajat
* solat sunat Istikharah
* solat sunat Tasbih (amalkan sminggu sekali)

3.  Baca al-Quran – Paling kurang bacalah sikit setiap hari

Puting Beliung Di Pantai Dungun Terengganu

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...... 28 November 2010 jam 12.55pm: gambar dan video jelas menunjukkan puting beliung yang terjadi di pantai Dungun Terengganu telah menyebabkan ramai orang datang ke pantai untuk menyaksikan peristiwa ini. 

Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya moga-moga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi takut juga aku menengoknya live lagi nasib baik kapal kelaut tu tak karam kalau lah angin tu terus mara ke darat ni kacau bilau dibuatnya, video ini diambil di hadapan UiTM Dungun Terengganu oleh seorang staf UiTM yang bernama En. Darmizi(Bob AV)....

Pari Lalat Di Tebing Tembah

Assalamu'alaikum... 19 November 2010 jam 4.42pm Pari Lalat seberat 1kg yang berjaya dipancing oleh orang yang tidak asing lagi dalam team Siakappaka Pak Ripin

Pemandangan Indah Di Tebing Tembah

Kampung Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu mempunyai keunikan tempatnya yang tersendiri selain sungainya mempunyai spesis-spesis ikan yang menarik, lokasi ini juga mempunyai keindahan yang mengagumkan sesuai benar untuk membawa keluarga pergi berkelah.

Lokasi ini terletak di antara bandar Paka dengan Kampung Pinang Merah dan perlu menyusuri jalan kampung yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Tebing Tembah sehingga

Memburu Siakap Merah

Assalamu'alaikum... 12 Nov 2010 Jumaat: Seramai 5 orang yang turut sertai dalam trip memburu Siakap Merah ikan gred A pilihan kami yang kami nanti-nantikan. Jam 5.30pm lokasi pertama kami ialah di Sungai Perlabuhan Kerteh, Kemaman Terengganu.

Pada mulanya sasaran lokasi kami ialah di Sungai Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu, di sebabkan air sungainya surut serta keruh yang amat dan dijangkakan akan pasang pada waktu malam, jadi kami terpaksa berpindah dahulu ke kawasan ini.

Jam 6.10pm tangkapan pertama ialah si ikan Pari Lalat seberat 900g yang berjaya dipancing oleh Bro Hadi AlhamduliLLAH tahniah diucapkan, semestinya pari lalat ini akan dijadikan juadah lauk kari yang istimewa buat seisi keluarga Bro Hadi.

Jam 8.50pm kami difahamkan Sungai Tebing Tembah Paka mulai pasang dan air sungainya pun mulai jernih, dalam masa yang sama umpan kami pun dah habis, alang-alang keluar mencari umpan teruslah kami menuju ke Sungai Tebing Tembah tersebut untuk menjejaki si ikan pilihan kami Siakap Merah.

Wal hasilnya jam 10.30pm Siakap Merah pertama yang berjaya didaratkan oleh Bro Fairus seberat 300g, manakala jam hampir 11.30pm Siakap Merah kedua seberat 800g pula berjaya dipancing oleh Bro Min dan yang terakhir jam 12.15am Siakap Merah seberat 1kg berjaya pula dipancing oleh Pak Ripin.

Dalam situasi memancing di lokasi ini timbul perkara yang tidak dapat dilupakan kami di mana saat-saat terakhir sebelum pulang Bro Fairus hampir berjaya mendaratkan Siakap Merah yang seberat hampir 4kg dianggarkan, hampir patah joran Bro Fairus dibuatnya, kecewa Bro Fairus bukan dia sahaja aku juga turut kecewa begitu juga dengan yang lain-lain tetapi apakan daya dah tak ada rezeki nak buat macam mana hihi tali ibu pancing Bro Fairus terputus semasa bergelut dengan Siakap Merah tersebut.

Walau apa pun AlhamduliLLAH diucapkan dengan hasil tangkapan ikan masing-masing, dah menjadi adat para pemancing dalam mencari ikan-ikan bersaiz besar perlulah menunggu lama dan bersabar banyak-banyak, bagus juga ada aktiviti memancing ini boleh lah melatih diri membentuk sifat penyabar daripada duk melepak-lepak, hisap dadah baik memancing, betul tak? yang penting dapat memancing itu dah cukup puas bagi kami kalu ada rezeki adalah jawabnya kalu tak ada nak buat macam mana kan berserah jer lah...

Seperti mana yang telah aku beritahu sebelum ini, memancing Siakap Merah di sungai lebih mencabar jika dibandingkan memancing ikan-ikan lain di pantai kerana tempatnya penuh berbatu dan sering kali tali pancing terputus akibat geseran pada celah-celah batu.

Kepada pemancing-pemancing di luar sana, jom memancing Siakap Merah, kami cabar anda, jika anda berjaya menaikkan Siakap Merah seberat 500g sahaja kami give respect anda kerana Siakap Merah adalah sejenis ikan yang sangat agresif, ganas dan gemar menyelam masuk ke celah-celah batu apabila terkena pancing.

Siakap Merah Di Tebing Tembah

06 Nov 2010, 10.30pm Siakap merah seberat 400g yang dapat admin pancing di Sungai Kg. Tebing Tembah Paka Dungun Terengganu, di mana lokasi ini? Perlu menyusuri jalan kampung yang bersebelahan dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Tebing Tembah sehingga bertemu dengan jalan mati yang berhampiran dengan sungai, aa di situlah lokasinya, tempat yang cantik dan menarik dengan penuh di diami batu-batu besar dan kecil yang mana menjadi tempat kegemaran siakap merah bermain.

Siakap merah adalah sejenis ikan yang sangat agresif, ganas dan gemar menyelam masuk ke celah-celah batu apabila terkena pancingan, walaupun hanya seberat 400g, joran admin sepanjang 8 kaki terpelanting hampir jatuh ke dalam sungai dibuatnya. Kalaulah masa tu disambar ikan siakap merah seberat 1kg ke atas jawabnya admin kena said bye bye lah kat joran tu. Bagi admin memancing siakap merah di sungai lebih mencabar jika dibandingkan memancing ikan-ikan lain di pantai kerana tempatnya penuh berbatu dan sering kali tali pancing terputus akibat geseran pada celah-celah batu.

Juara Team Siakappaka Oktober 2010

ASSALAMU'ALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH... Dengan ini diumumkan... juara pancing ikan paling berat di menangi oleh Bro Fairus, pari lalat seberat 1kg yang berjaya dipancing pada 14 Okt 2010...

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010_Bhg. 3

22 Oktober 2010 jam 11.30am: Semestinya hari ni bersambung lagi trip memancing untuk merebut carta tip top dalam team Siakappaka Oktober 2010... Air sungai pada hari ini dikatakan sedikit keruh juga, dan semestinya banyak ikan duri dan belukang yang tersangkut di mata kail, ikan-ikan
sebegini memang tak lari dah, dah jadi sebati, setiap kali memancing banyak kali juga lah yang dapat...












Walau apa pun fokus utama kami semestinya ikan-ikan gred A... kalau tak dapat nak buat macam mana, rezeki dah ditentukan oleh Nya... Nah dia, untuk hari ini dimenangi oleh Pak Ripin dengan hasil tangkapan beliau Siakap Merah seberat 400g tahniah diucapkan... Keseluruhannya akan dikira pada akhir Oktober ini hihi...

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010_Bhg. 2

21 Oktober 2010: Salam semua... hari ni bersambung lagi trip memancing untuk merebut carta tip top dalam team Siakappaka... memandangkan air sungai hari ini agak keruh, jika diikutkan keadaan air sungai sebegini menyukarkan untuk mendapat ikan kelas baik punya, kalau dapat pun tak lain tak bukan semestinya si ikan duri dan si ikan belukang... walau bagaimana pun kalau dah ada rezeki ada lah juga kan... untuk hari ini dimenangi oleh Bro Hadi dengan hasil tangkapan beliau si ikan Siakap Merah seberat 500g tahniah diucapkan...

Piranha Gergasi

IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.

LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.

Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki. Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman. “Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade. Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya.

Harian Metro

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010

14 Okt 2010 - Bro Fairus dengan hasil takapannya si ikan Pari Lalat seberat 1kg.
Gambaran jelas ikan

Memancing Ikan Selar


Lokasi: Perairan laut Mengabang Telipot Kuala Terengganu.

Memancing Di Laut Mengabang Telipot

Assalamu'alaikum... Seterusnya trip kami semalam 2/10/2010, di laut perairan Pantai Mengabang Telipot Kuala Terenggganu, kami mula bertolak dari pukul 4.45am dari Dungun dan setibanya sampai pada pukul 5.40am. Selepas itu kami berserapan pagi bagi mengisi perut yang dah banyak kali berkeruk-keruk bunyinya semasa di dalam kereta, setelah selesai kami mula menaiki bot dan bertolak pada pukul hampir 6.30am... dalam trip kali ini wal hasilnya dikatakan agak membanggakan juga kerana masing-masing dapat membawa hasil tangkapan sehingga penuh satu tong ikan sederhana.
Semasa sibuk memancing, kami terpaksa pulang awal lebih kurang pada pukul 2.00pm di sebabkan keadaan waktu yang tidak menentu menunjukkan hujan akan turun pada bila-bila masa. Di samping itu aku sertakan info sikit mengenai pantai yang menarik ini... Dipetik dari blog Jom Terengganu, Pantai Mengabang Telipot Kuala Terenggganu terletak berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Univerisiti Darul Iman (UDM) dan Institut Perguruan Guru Dato' Razali Ismail.
Tarikan utama di pantai ini ialah pantainya yang agak landai dan persekitaran yang menarik menjadikan pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk berhampiran dan pengungjung dari luar untuk berkunjung ke sini. Selain itu di pantai ini juga terkenal dengan Restoran makanan Laut yang bercelup tepung. Contoh makanannya ialah Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung, Ketam Celup Tepung dan Ikan Celup Tepung. Keropok lekor merupakan hidangan wajib yang disajikan di sini.
Pemandangan di sini amat menarik dengan gelagat pengunjung yang tidak putus-putus terutama pada hari minggu. Kebiasaanya perkelahan keluarga menjadi pilihan di pantai ini dan tidak terkecuali pelajar-pelajar dari institut pendidikan berdekatan turut juga memeriahkan suasana di pantai ini. Aktiviti penduduk di sini ialah perkerjaan berasaskan laut seperti nelayan.
Hasil yang berjaya dipancing setelah hampir 1 jam memancing...... Bro Min
Hasil yang berjaya dipancing setelah 1 jam memancing...... Bro Hadi


Gewang Sotong

Salam... aktiviti gewang sotong bersambung lagi, tapi hanya aku dan Pak Ripin saja yang turun untuk menggewang semalam kerana memandangkan air laut pada petang semalam amat menjadi... Kami sampai ke destinasi pada pukul 8.15pm... di mana? semestinya di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu... Setibanya di pantai, lantas Pak Ripin keluar dari kereta dan menuju terus untuk menggewang.

- Hasil gambar dalam 40minit menggewang -

Hemmm excited nyalah orang tua ni... aku pula nak matikan enjin kereta, nak ambil joran lagi, nak pasang joran lagi... dan tiba-tiba gewangan pertama Pak Ripin terus disambar sotong. Time aku pula menggewang, gewangan pertama tak dapat, kedua pun tak dapat dan ketiga pun tak dapat... Pak Ripin dah naik sotong 3 ekor itu pun banyak yang terlepas... hai cam ner aku ni tak sentuh sedikit pun ni, aku pun mula menukar candat berwarna merah putih dan barulah mendatangkan hasil dari seekor demi seekor itu pun banyak yang terlepas. Begitulah seterusnya hingga selesai pada jam 12.00am hanya kami berdua sahaja yang menggewang semalam di Pantai Teluk Lipat, di belakang Sekolah Rendah Cina... sebanyak hampir 30 ekor yang aku dapat Alhamdulillah, Pak Ripin pula dalam 30 ekor lebih hinggakan candat aku dan Pak Ripin rosak... maaf gambar hasil gewang keseluruhan kami tak tunjuk kerana masa tu tangan kami hanyir dan penuh paksi sotong... hihi tak apa hari ni mungkin cuba lagi InsyaALLAH...




Sotong Mengabang Melanda Pantai Dungun

Trip kami kali ini memancing sotong mengabang di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu semalam dengan cara mengewang dan menggunakan umpan candat udang, aktiviti kami bermula pada pukul 8.30pm-12.00am dan inilah gambar hasilnya(Pak Ripin) yang sempat diambil kerana masing-masing sibuk mengewang.

Ada berbagai-bagai kaedah atau cara yang biasa dilakukan oleh pemancing tempatan untuk menangkap sotong selain mencandat dan salah satunya ialah mengewang iaitu dengan menggunakan peralatan khas yang dinamakan candat.

Di dalam pasaran sekarang ada berbagai-bagai jenis candat dan jenama yang dibuat mengikut keadaan semasa. Ada berberapa nama candat yang biasa digunakan di antaranya ialah Candat Twist, Candat Udang, Candat Umpan, Candat Buntai dan lain-lain lagi.
Candat Udang sangat sesuai digunakan untuk mengewang dan mencandat sotong mengabang, ini kerana bentuknya yang solid serta dapat mengimbangi badan di dalam air dan sekaligus memberi kelebihan candat ini menarik perhatian sotong.

Keberkesanan candat banyak bergantung kepada kejernihan air, kekuatan arus, arah arus, suhu air laut, kemasinan air laut, keamatan cahaya bulan, cara mengewang candat, nafsu makan sotong dan yang paling penting ialah jumlah sotong yang berkumpul di perairan pantai.

Penggunaan candat berbeza memberikan peluang kepada pemancing atau pengewang untuk mendapatkan hasil sotong yang lebih.


Gambar menunjukkan Variasi Candat Udang.

Jualan Ikan Kelisa

Ikan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon", adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi.

Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil.

Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit
kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.

Ikan Kelisa Emas Malaysia (Malaysian Golden atau Asian Bonytongue) nama sainsnya Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .

Ikan ini adalah ikan tempatan di Asia Tenggara, Ikan Kelisa Emas Malaysia mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah basah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli ikan kelisa yang berbagai saiz dan jenis bolehlah menghubungi saya En. Khairul di FB http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000612583283&ref=ts

Kerapu

Salam semua... Inilah ia rupa ikan kerapu seberat 400g yang dapat ku pancing pada petang semalam dengan berumpankan kepala ikan alu-alu, hihi nak masak apa erk petang ni dengan ikan ni, kari ke atau 3 rasa, hemmm... 3 rasa lah kut hihi...

Kerapu antara ikan yang agak mahal dan amat digemari kerana isinya yang enak serta boleh dipelbagaikan cara masakannya. Untuk menghasilkan

Goldfish

Salam semua... ikan pelik yang diberi nama goldfish berita yang di petik dari yahoo, kalaulah ikan ini warna merah sudah tentu ia diberi nama dengan Ferrarifish hihi... tengok dari segi rupa macam ikan Temoleh... agaknya kalau dijual berapa harganya ya... hmmm...
This just in from the "strange but probably true" files. Fisherman Raphael Biagini reeled in what is believed to be a 30-pound koi carp in France, where the fish are quite popular. The fish, a vivid orange, looks a great deal like a giant goldfish. The photo is several months old, but it's buzzing right now, thanks to an article from the U.K.'s Daily Mail.

Not surprisingly, Yahoo! searches on "giant goldfish" are currently soaring. However, it's important to remember that this guy only lookslike a super-size version of every child's first pet. And, for the record, Mr. Biagini, who has caught many a giant carp in his day, returned the orange fish to the water after having his photo taken.

[Video: Massive rabbit on the loose]Of course, some people may look at the photo and scream, "Fake!" And, indeed, the Web is full of stories of altered photos. However, from what we can tell, a fish this size and this color is possible. According to Ken Peterson, communications director at the Monterey Bay Aquarium, this isn't out of the realm of possibility. If a koi has the right amount of food and enough space to grow, he says, there's no telling how big they can get.
Indeed, koi carp have grown a lot bigger. John McCosker of the California Academy of Sciences points out that, according to FishBase.org, the largest koi on record weighed almost 90 pounds (like the orange fish, it was caught in France).
[Rewind: Whale jump crushes boat]While it is a bit odd that the fish doesn't appear to be struggling, McCosker explains that this kind of fish isn't among the most wild. And the fish's color, while striking, isn't all that unique. Check out this photo from a Japanese garden in Long Beach, Calif.
Still, there are those who don't believe the photo is real. Many commenters to the Daily Mail story point out that the fish appears to weigh much more than 30 pounds. One doubter writes that the fisherman is holding the fish the way somebody would hold a 1-pound package.

Ramadhan Bulan Zuhud, Bukan Bulan Bermewah

Kini kita berada dalam bulan mulia, bulan penghulu segala bulan, bulan yang dilimpahi dengan kebahagiaan dan kasih sayang. Ramadhan yang pada Nya terdapat satu malam yang sungguh agung yang lebih baik dari seribu bulan, ramadhan juga merupakan bulanuntuk seseorang mensuci hati daripada kekotoran maksiat serta kealpaan, ianya merupakan bulan berkat, bulan yang awalnya rahmat pertengahanya pengampunan dan akhirnya selamat dari api neraka.

Ramadhan bulan ibadah, bulan kebajikan, bulan Al-Quran... bukan bulan untuk makan dan minum secara bermewah, bukan bulan untuk bersantai, bukan untuk tidur, bukan untuk berperap tanpa melakukan sebarang kerja ibadah...

Unitnya Kejadian Buah Kurma

(Diceritakan oleh krew RTM) Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah-kisah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).

Marhaban Ya Romadhon


Wahai... Sahabat-sahabat ku semua...

Meskipun wajah tak pernah bertatap...
Meskipun tangan tak pernah saling berjabat...
Hanya dengan sederet kata-kata...
Kami mohon maaf bila terselip khilaf...
Terguris luka dalam hati...
Terbetik pilu dalam tingkah...
Dan tersinggung rasa dalam kata-kata selama ini!!

Ramadhan nan suci ini...
Sucikan hati bersihkan diri...
Semoga Allah melimpahkan keberkahan di setiap langkah... Amin...

Salam ukhuwah selalu...

Memancing Ketam Nipah

Salam semua... beginilah suasana ketika memancing di bawah jambatan Paka Dungun Terengganu pada petang semalam... dikatakan juga di lokasi inilah terdapatnya banyak ikan siakap putih, siakap merah, kerapu, kuku, pari dan ketam nipah...
Dan lihatlah hasil tangkapan 2 ekor ketam nipah yang berjaya dipancing oleh Pak Ripin dengan berumpankan udang... walaupun pada asalnya sasaran kami ialah ikan siakap dan apabila joran Pak Ripin disambar tiba-tiba didapati 2 ekor ketam nipah yang berjaya didaratkan sekaligus oleh beliau...
Cara-cara membuang kail dan mengikat sepit ketam nipah... perlu berhati-hati agar tidak disepit ketam tersebut... info mengenai ketam nipah: Nama saintifik ketam nipah ini adalah Scylla Serrata, ketam jenis ini hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitive dengan air hujan.

Ikan Siakap Merah

Salam semua... aaa inilah ia rupa ikan Siakap Merah (ikan sungai gred A) yang dapat ku pancing pada pagi tadi dengan berumpankan kepala anak ikan selayang sahaja... hehe mesti best kalu dibuat masakan gulai kunyit, kari atau 3 rasa... hi... yum yum...

Ternakan Tilapia & Siakap

Salam semua... ini adalah Tilapia yang dimasukkan pada 5 bulan yang lepas iaitu pada bulan Febuari 2010 dan saya telah ceritakan dalam blog ini pada tajuk "Anak ikan Tilapia Pak Karim", dulu kedua-dua sangkar ikan Tilapia ini jumlah kemasukan anak-anak ikan ini 2000ekor, sekarang cuba lihat masih banyak lagi ikan-ikan Tilapia ini dan sekarang tibalah masanya untuk dijual pada bulan Ramadhan nanti... mesti laku punya kan... bayangkan lah jika ikan ini dimasak dengan masakkan Thai, stim, 3 rasa dan lain-lain... wow!!! mesti best punya... tambah-tambah lagi di bulan puasa nanti... peh...


Fahiz Hussin_Mabul Fin Blue Tuna

Aksi hebat Fahiz Hussin... Layari...
http://fahizhussin.blogspot.com/
http://www.facebook.com/home.php?#!/profile.php?id=100000873638977&ref=ts


Hargailah Isteri Anda

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak.
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah

Ikan Kerapu

Ikan Kerapu atau nama saintifiknya Epinephelus coioides merupakan sejenis ikan air masin. Ia merupakan ikan dalam keluarga Serranidae. Antara spesis ikan kerapu yang mendapat pasaran ialah Kerapu Tikus, Kerapu Harimau dan Kerapu Pisang.

Harga pasaran ikan kerapu terkini ialah RM60-RM70/Kg. Suatu ketika dulu, ikan kerapu merupakan antara jenis ikan yang kurang digemari ramai kerana bentuk fizikalnya yang kurang menarik. Ramai lebih menggemari

Keajaiban Kalimah Allah

Assalamu'alaikum semua....
 
Cuba lihat titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan anda pada dinding kosong kalau boleh pada dinding kosong berwarna putih... kelip-kelipkan mata anda... lihatlah keajaibannya... Subhanallah... rasa sangat KAGUM dengan ilusi mata kurniaanNya ini...



ISRA’ MIKRAJ

Peristiwa Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

Kisah Seorang Pakcik (Untuk Renungan Bersama)

Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel . Saya kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca.
************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* *********
Seorang Pak Cik berbual dengan saya setelah dia pulang dari demonstrasi anti-Yahudi sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

Lubuk Udang Galah & Hasilnya

Salam semua, 26 Jun 2010 - kali ini Team Siakappaka telah menemui kawasan Lubuk Udang Galah yang baru dan terbaik punya, di mana tempat ini dikatakan agak banyak udang-udang besar berkeliaran di dalam sungai malah juga dikatakan tempat ini agak cantik, nyaman dan selesa untuk memancing udang.

Malangnya agak bermasalah sikit bagi pemancing-pemancing untuk sampai ke destinasi ini, bagi pemancing yang menaiki bot tiada masalah, tetapi yang menbimbangkan adalah bagi pemancing yang datang berjalan kaki, mereka terpaksa berjalan lebih kurang 300M dan meredahi kebun-kebun orang cina di mana kebun-kebun ini terdapat banyak anjing-anjing jagaan yang garang.

Bagi mereka yang berani sudah tentu tiada masalah dan apabila sampai ke destinasi pastilah akan menikmati tangkapan Udang Galah yang dikatakan agak berpuas hati. Di mana tempat ini? iaitu Sungai di belakang Sekolah Ren. Keb. Durian Mentangau Dungun Terengganu.

Jom lah pakat-pakat memancing di sini pasti best punya...


Alhamdulillah... sepanjang memancing di sungai ini dan melepasi sekawan anjing-anjing cina yang garang... inilah hasilnya... hehe... bro Hadi dengan tangkapannya yang terbesar...















Diikuti pula dengan bro Fairus dengan hasil tangkapan udangnya yang kedua terbesar...
















Dan seterusnya bro Stopa dengan udangnya... hehe... sebenarnya banyak lagi udang-udang yang kami dapat, yang ini sahaja yang sempat kami bergambar, yang lain tu kami tiada masa bergambar kerana masing-masing terlalu asyik dengan memancing...

Aaa... kepada pemancing-pemancing di luar sana apa lagi JOM LAA... Majulah sukan memancing untuk negara... hehe...

Aktiviti Memancing Udang Bermula Lagi & Hasilnya

Assalamu'alaikum semua... inilah suasana mula-mula sampai ke destinasi memancing udang galah lebih kurang dalam pukul 4.00pm pada 18 Jun 2010 semalam... di mana lagi kalau bukan di Lubuk Udang Galah terbesar di Sungai Durian Mentangau Dungun Terengganu...





Inilah tangkapan yang pertama... walaupun kecil tapi dah cukup puas dapat mamancing... bro Fairus














Aaa akhirnya... inilah dia tangkapan udang yang terbesar semalam yang berjaya ku daratkan dengan berumpankan hirisan jantung ayam...








Aku tunjukkan pula saiz udang ini dengan lebih dekat lagi... aaa kira besar lah juga kan... hehe... kepada semua kaki-kaki pancing di luar sana jom lah memancing udang di Sungai Durian Mentangau Dungun ni... lebih bagus jika dapat memancing menggunakan bot... pasti lagi banyak dapat udang galah ni.... bro Min







Seterusnya Pak Ripin pula berjaya menjerat lagi udang galah yang hanya tak sampai 20 minit selepas bro Fairus dan bro Min dengan berumpankan cacing...













Inilah rupa udang galah dengan lebih dekat lagi yang berjaya dipancing oleh Pok Ripin dan cara-cara memegangnya... perlu berhati-hati agar tidak disepit udang tersebut...








Seterusnya diikuti pula dengan tangkapan yang terakhir - Udang Galah lumpur... bro Hadi

Comment

Recent Comments Widget by Jom Bina Belog

Posts & Comments

get this

Followers