Monday, November 26, 2012
Gelama Terakhir
Assalamu'alaikum... Jam 8.40pm kami(Amer, Pak Ripin & Hazamin) turun lagi memancing gelama semalam, kali ini di kawasan pantai teluk lipat di benteng taman selera Dungun, tambahan pula cuaca yang agak baik dan air laut berkeadaan pasang penuh sehinggakan ramai pemancing-pemancing lain turut serta turun menghuni di kawasan ini sehingga sesak sampai ke pantai Kuala Dungun.
Alhamdulillah... rezeki gelama yang berlimpah ruah kami perolehi semalam sehingga tak terkira bilangannya membuatkan kami tidak berganjak sehingga ke pukul 3.00am, antara ikan gelama yang kami perolehi ialah gelama pisang, gelama bongkok, gelama gigi, gelama eput', gelama hitam dan ibu gelama. Gambar menunjukkan antara gelama-gelama terbesar yang diperolehi semalam, lihatlah saiznya agak menarik juga, saiz sebesar selipar yang bersaiz sembilan dan mungkin inilah gelama-gelama terakhir sebelum tibanya musim tengkujuh tidak lama lagi.
Sunday, November 25, 2012
Kawallah Kemarahan
"Sesungguhnya marah itu daripada syaitan, dan
syaitan diciptakan daripada api, dan api dipadamkan dengan air, oleh itu
apabila marah salah seorang daripada kamu, maka hendaklah berwudhu'."(HR
Abu Daud)
"Apabila marah salah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring."(HT Abu Daud)
"Apabila marah salah seorang daripada kamu dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika marahnya reda dengan duduk adalah baik, sekiranya tidak maka hendaklah dia berbaring."(HT Abu Daud)
"Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang
dapat membalas (pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia dapat
mengawal diri dan perasaanya dengan baik ketika marah."(HR Bukhari)
Sunday, November 18, 2012
Gelama Gigi, Bongkok & Senangin
Sunday, November 11, 2012
Ketam Laut
Wednesday, November 7, 2012
Patin Raksasa 51Kg
Isnin, November 05, 2012: Nelayan Kutai Barat Menangkap Ikan Patin Raksasa Dengan Berat 51 Kg di Teluk Noan, Muara Pahu Kutai Barat. Ikan tersebut sedang timbul di permukaan kerana pening dipercayai akibat ada orang yang tidak dikenali menuba sungai tersebut.
“Banyak ikan yang mabuk akibat terkena tuba lalu tenggelam timbul dipermukaan sungai," kata Innal Rahman, seorang pemancing dari Kukar yang sering memancing di sungai itu. Ikan tersebut masih mepunyai tenaga untuk melawan dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk berjaya membawanya ke pinggir sungai. Ikan yang ditangkap itu , memecahkan rekor hasil tangkapan ikan patin di indonesia. Sebelumnya ada nelayan dari palembang yang berhasil menangkap ikan patin di sungai musi seberat 43 kg dan panjang 1.3 meter pada 16 desember 2010 silam. Catatan Oleh alhusseyn