Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri. Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Wal hasilnya......
Sunday, September 30, 2012
Pari Lalat
29 September 2012 Jam 9.20pm, Pari Lalat seberat 1.4kg yang berjaya dipancing oleh Bro Amer di lokasi Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun, Terengganu,
berumpankan kegemaran beliau udang hidup yang ditangkap di sungai kawasan tersebut. Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatis uarnak adalah sejenis ikan yang
sedap dimakan dan terdapat di seluruh dunia. Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji yang diselitupi dengan bahan yang sama membentuk sisik yu
yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Taji ini yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau
daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa.
Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri. Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Wal hasilnya......
Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri. Cara terbaik untuk menghalang pari dari mendatangkan masalah ialah jangan biarkan ia melekap, ketatkan drug sistem tegangan dan menahannya dari membenam kedasar. Sekiranya melekap juga, longgarkan 'drug' dan tunggu kerana lambat laun dia akan membebaskan diri juga. Wal hasilnya......
Kuku Batu & Ketam Nipah
Fizikal spisis ini berwarna koko kehitaman dan berwarna putih di bahagian perutnya seperti pada gambar yang sempat diambil oleh penulis, dikatakan spesis ini dikategorikan sebagai ikan perlahan kerana ia memakan umpan tidak seperti ikan siakap atau kerapu, ia kemam dahulu makanan barulah ia telam dan cara getuannya seperti udang galah, tetapi boleh tahan juga ia spin apabila kail terkena padanya, hura-hara juga pemancing itu dibuatnya.
Jika pemancing itu dapat memancing ikan ini dan didapati kail terlekat pada mulut atau bibir ikan tersebut nescaya pemancing ini dikategorikan sebagai pemancing yang hebat, kenapa? kerana pemancing ini tau spisis apa yang makan pada umpannya. Habitatnya jarang berada di tempat terbuka, ia gemar berada di struktur muka kuala, karang, berbatu dan hutan bakau/nipah.
Umpan pula selalunya kaki pancing menggemari udang hidup, gandum, roti, teritek, isi ayam mentah, kulit ayam goreng, udang segar yang dibuang kulitnya dan ketam kecil seperti ketam angin atau ketam rumput. Selain itu bahagian ekor anak ikan kembung atau selayan juga menjadi santapan kegemaran spisis ini dan sebaiknya bahagian ekor tersebut dipijak-pijak supaya ia menjadi lembit
Pemancing:
Lokasi: Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun.
Friday, September 28, 2012
Bebulus
Biasanya apabila tiba musim bebulus, akan diikuti oleh ikan pari. Ini kerana ikan bebulus menjadi santapan ikan pari dan adakalanya kerapu. Sebab itulah, sesetengah kaki pancing menggunakan umpan bebulus untuk memancing kerapu dan pari. Untuk memancing bebulus, mata kail yang digunakan adalah bersaiz kecil, ini kerana bebulus mempunyai mulut yang kecil dan runcing. Umpan pula selalunya kaki pancing menggemari udang segar atau udang pasar. Kadang-kadang isi ketam juga boleh digunakan, umpan hendaklah dipotong kecil-kecil agar sesuai dengan saiz mata kail dan sifat bebulus.
Info dari...
Pemancing: Bro Amer
Lokasi: Bukit Belah, Dungun Terengganu.
Sunday, September 16, 2012
Sungai Kerteh
Terdapat juga kem latihan berkayak dan pusat latihan khidmat negara di lokasi ini serta juga tempat-tempat riadah untuk membawa keluarga pergi berkelah. Jika anda gemar memancing Kerapu, Gelama dan Bulus, nah lokasi inilah sasarannya, jika musim Gelama datang lagi semestinya sungai ini menjadi lubuk si ikan Gelama dan Bulus bermain sehingga kebanyakkannya terdiri dari saiz-saiz mega. Gambarajah menunjukkan keindahan Sungai Kerteh dan ikan kerapu yang sempat diambil penulis semasa aktiviti memancing petang tadi.