Oleh Rosli Ilham
bhnews@bharian.com.my
2011/10/01
Perairan Katuk Barat jadi pilihan pemancing, lubuk pelbagai spesis ikan.
PERAIRAN Katuk Barat sudah tidak asing bagi kebanyakan kaki pancing dan nelayan di Dungun, Terengganu. Ini kerana lokasi itu dikatakan menjadi tempat spesies tenggiri berkampung. Lokasi yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan ke arah barat dari Pulau Tenggol adalah lubuk tenggiri bermain lebih-lebih lagi pada September dan Oktober iaitu musim terawal spesis itu berkampung.
Namun, bagi mereka yang tidak pernah sampai ke perairan ini, usah menyangka umpan mereka mudah diragut. Andai kurang mahir mengikat tali perambut atau seumpamanya, spesis tenggiri akan menjauhkan diri lebih-lebih lagi jika pemancing tidak menggunakan umpan segar, Jika bernasib baik, siapkan diri untuk memerah keringat.
Baru-baru ini, sekumpulan pemancing diketuai Azri Hashim Aladin, 32, dan tiga sahabatnya Zamri Rahman,40; Zainudin Jusoh,39 dan Tarmizi Zaid, 33, sepakat menduga lokasi itu. “Selama tiga hari dua malam di perairan itu, sebanyak 53 ekor tenggiri bersaiz empat hingga 10 kilogram berjaya kami tumpaskan sehingga jenuh memasang Appolo mencari umpan selayang dan kekacang segar,” kata Azri menceritakan pengalaman memancing di perairan Katuk Barat.
Reaksi Azri itu disokong rakannya, Zamri. “Apa tidaknya, tengoklah pemilik bot kami, sepanjang hari ini pasti senyum hingga ke telinga,” kata Zamri kepada tuan punya bot, Mohamad Abd Ghani yang sibuk menimbang ikan tenggiri yang diperoleh sebaik tiba di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Dungun.
Kompleks jeti sama akan digunakan peserta kategori laut dalam Karnival GP Joran yang bermula hari ini. Azri menambah, antara November hingga Januari, umpan pasti tidak disambar mangsa kerana ketika itu arus musim tengkujuh. Dalam tempoh ini, spesis tenggiri berpindah ke lokasi lain termasuk ke sempadan perairan Indonesia.
“Saya kurang memasang umpan, jangan lupa gewang aluminium juga turut menarik perhatian tenggiri. Apa tidaknya, sebaik gewang menerjah dasar, kita sudah rasa ragutan rakusnya,” kata Zainudin yang kelihatan masih keletihan ketika ditemui. Beberapa jam sebelum bertolak pulang, empat sahabat ini beralih ke kawasan kedua iaitu 30 minit perjalanan dari lubuk Katuk Barat.
Di lokasi ini, Zainudin yang ketika itu sudah keletihan melayan tenggiri, meminta untuk pulang ke pangkalan berikutan arus di lokasi kedua itu agak deras. Tarmizi yang sudah memasang umpan sotong segar yang masih berbaki, merayu tidak beredar dari situ apabila beberapa ‘balingan ujian’ mendapati arus di bahagian dasar laut sudah kembali tenang. “Alhamdulillah, tidak sia-sia umpan sotong saya disambar seekor merah seberat enam kilogram. Malah Azri, Zamri dan Zainudin menaikkan beberapa ekor asuh dan ebek sekitar dua kilogram seekor untuk kami jamah sebelum meninggalkan laut,” katanya.
Dalam perjalanan pulang, mereka terserempak sebuah bot rakan mereka yang dikemudikan tekong Pak Din, 50, bersama tiga awaknya yang ketika itu sudah mengangkat pancing untuk pulang ke pengkalan. “Saya terkejut Pak Din memaklumkan 34 ekor tenggiri saiz lima kilogram ke atas berjaya ditumpaskan sebelum kami bersama-sama pulang ke pengkalan,” kata Azri.

0 comments:
Post a Comment