background img

Wednesday, June 22, 2011

Ribut Petir - Dungun

Assalamu'alaikum semua... sekadar untuk berkongsi cerita, awal pagi tadi aku tak dapat tidur kerana bimbang pokok besar di hadapan rumah ku takut tumbang atas rumah ku, dan aku sempat merakam sikit video ribut petir tersebut untuk dikongsikan bersama. Kepada yang tidak tahu, pada waktu awal pagi tadi 22 Jun 2011 jam 1.15am, hujan lebat dan ribut petir telah melanda di daerah Dungun Terengganu. Sekejap je pun, tak lama, lebih kurang 30 minit dan hujan terus melarat sehingga ke subuh, sama tempohnya seperti ribut yang melanda di daerah Kuala Terengganu dan Marang pada 4 hari yang lepas baru-baru ni, tapi cukup untuk menumbangkan pokok-pokok yang besar, sehingga ada di setengah tempat di Dungun ini mengalami gangguan bekalan elektrik di sebabkan pokok-pokok yang tertumbang pada kabel-kabel elektrik.


2 comments: Leave Your Comments