Salam Sahabat........
Alhamdulillah... ada juga rezeki semalam walaupun ada gelombang, angin kuat & lupa bawa torchlight😂 di lokasi Pantai Teluk Bidara, Dungun... 24-Sept-2022, 9:31pm - 11:13pm... Selamat Menonton... Jangan lupa Like, Comment, Share & SUBSCRIBE..
Setup:
Rod: Daiwa Emeraldas 8'
Reel: Daiwa CrossFire LT2500
Line: Emo 8, 8lb
Leader: Phantom FC 15lb
Lure: Yamashita 3.0g
Sunday, September 25, 2022
Mabang Dalam Gelombang
Sunday, September 18, 2022
Mabang Teluk Bidara
Salam Sahabat........ Alhamdulillah... ada juga rezeki semalam walaupun ada gelombang di lokasi Pantai Teluk Bidara, Dungun😊 17-Sept-2022, 11:00pm - 12:00am... Selamat Menonton... Jangan lupa Like, Comment, Share & SUBSCRIBE..
Bawal Emas & DartFish
Wednesday, September 14, 2022
Alhamdulillah... Hasil Sotong Mabang
Alhamdulillah... hasil pada Isnin 12-Sept-2022 | Manis2 | #Sotong Mengabang #Mabang #Cebok
Link Video Shorts YouTube👇👇
Bawal Emas
Ikan Bawal Emas merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya yang admin tahu ikan Bawal terbahagi kepada empat jenis iaitu Bawal Putih, Hitam, Emas dan Tambak Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang lain.
Spesis ini di Terengganu dipanggil Nyonyo/Senyonyo, ia hidup dan berenang secara berkumpulan kebiasaannya pada musim tertentu Bawal Emas boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut dan Ikan Kapur/Dart Fish di persisir pantai.
Pergerakan spesis ini dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat bagaimanapun ia juga boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.
Spesis ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.
Info Mabang #Sotong Mengabang
Julat asal mereka meliputi timur ke Kepulauan Hawaii, barat ke Laut Merah, utara ke Jepun, dan selatan ke Australia dan New Zealand, Asia hinggalah ke Malaysia. Sotong mengabang juga merupakan sotong air panas neritik. Lazimnya mereka ditemui pada paras air sehingga 100 meter.
Namun spesies ini lebih cenderung mendekati garis pantai, berhampiran batu dan terumbu. Mereka sedikit lebih aktif pada waktu malam dan akan bergerak ke perairan yang lebih dalam atau mencari perlindungan pada siang hari.
Sepioteuthis lessoniana, yang dikenali dengan nama umum bigfin reef squid, oval squid atau green-eyed squid adalah spesies sotong lollipid yang penting secara komersil. Di Australia dan New Zealand, bigfin reef squid ini dikenali sebagai northern calamary.
Koonthal dalam bahasa Malayalam, o osi kanava dalam bahasa Tamil, calmar tonnelet dalam bahasa Perancis, calamar manopla dalam bahasa Sepanyol, aori-ika dalam bahasa Jepun dan sotong mengabang atau mabang dalam bahasa Melayu.