background img

Monday, May 19, 2014

Kampung Minda

Salam, kali ini penulis ingin menceritakan lokasi memancing di Sungai Kg. Minda Dungun, Terengganu. Kg. Minda terletak di Hulu Dungun, Terengganu iaitu di Dun Bukit Besi, di antara Kg. Tepus dan Kg. Talong serta Kg. Rantau Panjang melalui jalan Kuala Jengal yang mana jalan ini terus menghala ke lokasi pelancongan yang menarik iaitu Chemerong yang terkenal dengan air terjun yang indah dan cantik.

Perjalanan dari Dungun ke Sungai Kg. Minda ini mengambil masa kira-kira 40 minit iaitu sejauh hampir 50km. Semestinya ikan Patin, Kelah, Sebarau, Baung, Lampan dan Udang Galah yang mendiami di sungai ini. Kampung ini berlatarbelakangkan perkampungan pertanian dan perkebunan yang terkenal dengan hasil buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan yang menarik seperti durian, salak, langsat, duku, rambai, manggis, petai, jering dan sebagainya. Gambar menunjukkan Sungai dan Kampung Minda yang indah, sejuk dan damai.

Baung

Nama saintifiknya Mystus spp, adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Ikan baung terdapat dalam sungai termasuk sungai Kalimantan Tengah dan ukurannya mampu mencapai 20 kg.

Umpan yang digunakan untuk memancing ikan ini biasanya adalah induk semut (rangrang) yang berwarna hijau terang. Satu kail biasanya dikaitkan 5 hingga 10 ekor induk semut tersebut, atau menggunakan cacing tanah yang besar atau usus ayam. Gambar menunjukkan ikan Baung yang berjaya dipancing di Sungai Kampung Minda Dungun, Terengganu.

Saturday, May 10, 2014

Kuku Batu

Spesis ini jarang didengari umum, malah ada kaki pancing yang tidak mengenali spesis ini, kerana mereka jarang menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesis buruan utama. Warnanya hitam, koko dan adakalanya hitam bercampur putih. Habitat spesis ini jarang berada di tempat terbuka. Ia gemar berada di struktur karang, berbatu, di kawasan pesisiran pantai atau di muka kuala. Perambut halus digunakan untuk memancing ikan ini yang berkekuatan 15-20lb dan matakail halus. Ikan ini boleh mencecah 1kg lebih tetapi daya lawannya tidak berpanjangan dan bukan kaki akrobatik. Lokasi: Sungai Kg. Tebing Tembah Paka, Pemancing: Pak Ripin.

Sunday, May 4, 2014

Dasyatis Uarnak & Red Snapper

Ikan: Pari Lalat/Dasyatis Uarnak
Berat: 4kg 
Umpan: anak ikan Kembung 
Masa: Air surut Jam 7.10pm 
Lokasi: Kg. Tebing Tembah Paka, Dungun, Terengganu.
Ikan: Siakap Merah/Red Snapper
Berat: 700g 
Umpan: Udang hidup 
Masa: Air surut Jam 10.02pm 
Lokasi: Kg. Tebing Tembah Paka, Dungun, Terengganu.
Pemancing: Amer