Saturday, March 23, 2013
Seberang Takir
Thursday, March 14, 2013
Ihsan
Assalamulaikum.. Sedikit perkongsian hadith (riwayat Muslim) tentang persoalan yg dilontarkan:
Dari Umar bin Al Khattab r.a., katanya: Pada suatu hari, dalam masa kami sedang duduk di sisi Rasulullah s.a.w, tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki: Putih melepak pakaiannya, hitam legam rambutnya, tidak kelihatan padanya tanda-tanda perjalanan (sebagai seorang pengembara), dan tidak ada seorang pun dari kami yang mengenalinya; (demikianlah halnya) sehinggalah ia duduk mengadap Nabi s.a.w. lalu ia menemukan kedua lututnya kepada kedua lutut Baginda sambil meletakkan kedua tapak tangannya atas kedua pahanya serta berkata: "Wahai Muhammad! Beritahulah kepada ku tentang (dasar-dasar) Islam(1)?" Maka Rasulullah s.a.w. menerangkan: "(Dasar-dasar) Islam itu ialah engkau melafazkan kalimah syahadat (meyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah dan engkau mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta berpuasa pada bulan Ramadan dan juga engkau mengerjakan Haji ke Baitullah jika engkau mampu sampai kepadanya." (Mendengarkan penerangan Baginda yang demikian) ia berkata: "Benarlah apa yang tuan katakan itu!" Kata Umar:
Maka kami merasa hairan terhadap orang itu - ia bertanya kepada Baginda dan ia juga mengesahkan benarnya (sebagai seorang yang mengetahui perkara yang ditanyakannya itu). Kemudian ia bertanya lagi: "Beritahulah kepada ku tentang iman(2)?" Nabi s.a.w. menerangkan: "(Iman itu ialah) engkau beriman kepada Allah, Malaikat MalaikatNya, Kitab-
Polisss...
Kalau kita sedang memandu dan terserempak dengan polis, secara otomatik kita akan rasa tak senang duduk. Menggelabah tak tentu pasal – betulkan kedudukan yang dah betul, mata jeling ko road tax, kaki secara otomatik tekan pedal brek (sampai tertonggeng anak bini), tarik tali pinggang kaledar tapi tak jumpa jumpa tempat nok cocoh (bagi bunyi ketaqqq!), dan tangan meraba beg duit. Bini yang sedang “mengalunkan muzik latar” di kerusi “co-pilot” (supposed to be!) pun kita kejut hingga terkebil-kebil kawan tu buka mata – “Apa! Apa ?X$%VX&^. Ada accident ko?”. Malu sendiri atau disindir anak bini bila