Belida ikan yang unik kerana bentuk tubuhnya yang berbeza dari ikan lain. Tidak ada ikan tempatan lain yang seiras dengannya, kalau adapun yang paling dekat mungkin tapah. Dengan rahang yang luas, misainya dan perut yang menggeleber, perbezaannya amat ketara. Belida ialah ikan yang nipis jika dilihat dari pandangan atas, lebih nipis dari lampam dan ianya juga sejenis ikan yang pembesarannya tidak terhad. Di semenanjung Malaysia, kebiasaannya dijumpai di sungai-sungai kecil, paya atau lombong. Manakala di utara dan Kelantan belida dikenali sebagai ikan selat. Ikan belida ini paling laris di restoran cina dengan harga mencecah rm15 1kg, isinya diambil untuk dijadikan bebola ikan(fishball).
Thursday, July 26, 2012
Belida Durian Mentangau

Sunday, July 22, 2012
Salam Ramadhan 1433H
Dikesempatan pagi yang mulia ini kami dari group Siakappaka ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak 1433 Hijrah. Sekarang ini kita berada pada hari kedua bulan mulia, bulan yang dirindui, bulan yang dibuat janji untuk mentaati Allah sebanyak-banyaknya, bulan yang amat sesuai untuk kita menambah bekalan serta mengharapkan keredhoan Allah Ta'ala.
Ramadhon merupakan penghulu segala bulan, ia adalah bulan yang dipenuhi dan dilimpahi dengan segala keharmonian. Di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik dari seribu bulan iaitu malam lailatul qodar yang dinantikan. Ramadhon adalah bulan penyucian jiwa dari kesalahan dan dosa-dosa, bulan yang penuh keberkatan, bulan yang

Saturday, July 21, 2012
Kuku Batu Payung
Sempat juga penulis rakamkan ikan Kuku Putih(1kg) yang berjaya dipancing semalam di lokasi Batu Payung Dungun ini yang penuh dengan batu-batuan di mana tempat kegemaran spesis ini bermain.
Friday, July 13, 2012
Ramadhan Menjelma Lagi 1433H
Ramadhan bulan ibadah, bulan kebajikan, bulan al-quran, bukan bulan untuk makan dan minum secara bermewah, bukan bulan untuk bersantai, bukan untuk tidur, bukan untuk
berperap tanpa melakukan sebarang kerja ibadah, bahkan ianya merupakan bulan zuhud yakni menyekat nafsu daripada mendapat kemewahan dan keseronokan berlebihan.
Tanamkanlah azam dalam hati, kita ingin mengikuti jejak langkah nabi Muhammad yang pernah melalui ranjau berduri selama dua bulan dapur rumahnya tidak berasap kerana ketiadaan makanan. Baginda pada hari kebisaanya hanya makan sembilan suapan pada pagi dan Sembilan suapan pada petangya, itu sahaja, tidak lebih dari itu, ingatlah firman Allah yang bermaksud: “tiadalah kehidupan dunia ini kecuali hanyalah keseronokan yang tipu daya”.
Janganlah kita sibukan diri kita dengan memikirkan ‘makanan apa yang hendak dimakan waktu berbuka..’, bahkan fikirkanlah ‘masjid manakah atau surau manakah bakal kita hadir untuk mendengar syarahan agama dan solat tarawih, marilah kita sama-sama saling nasihat menasihati sesame kita agar meninggalkan sikap bermewah-mewah kerana makan secara bermewah dengan hidangan lauk yang melebihi dua atau tiga masakan setiap hari adalah perbuatan yang tiada kebaikannya malah bertentangan dengan dengan cara hidup para nabi, sebagaimana dinyatakan dalam satu hadis yang bermaksud “ beringatlah dirimu daripada bermewah-mewah, sesungguhnya para nabi tiadalah dari kalangan mereka yang bermewah-mewah.
Para wali Allah tidak menghabiskan waktunya dalam memperbagaikan jenis makanan yang lazat-lazat, bukan ini caranya untuk menjadi kekasih Allah, para wali Allah bersifat zuhud pada segala hal, mereka membiasa kan diri meninggalkan kemewahan. Rasulullah pada kebanyakan harinya hanya mengambil kurma dan air sebagai makanan pagi dan petangnya, bayangkanlah.. “hanya kurma dan air sahaja” dan kadang-kadang sahaja baginda makan roti keras bukan sebagaiman roti di zaman muta’khir ini yang sememangnya lembut dan enak.
Saudaraku... hari-hari di dunia amatlah pendek berbanding hari di akhirat, perbanyakanlah amalan akhirat kerana amalan itu walau sebanyak mana sekali pun dikerjakan ianya tetap akan menguntungkan dirinya di akhirat kelak. Sambutlah bulan ramadhan dengan bertaubat dan memperbanyakkan ibadah. Ingatlah sabda Nabi Sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: “ siapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keyakinan dan usaha gigih maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
Monday, July 9, 2012
Jambatan Dungun
pemandangan yang cantik sepanjang sungai Kuala Dungun sehingga ke Sungai Buaya dan Sungai Pimpin.
Apabila pengunjung melalui jambatan Dungun ini sudah pastinya akan dapat melihat jelas di mana letaknya Lokasi Bukit Belah, Batu Payung, Pimpin, pengkalan-pengkalan untuk ke Pulau Tenggol, tempat-tempat pembuatan bot nelayan dan bot komersial serta hasil laut dan makanannya yang mana menambahkan lagi kecantikkan permandangan di muara Sungai Dungun ini amnya.
Dari bawah jambatan ini, anda boleh melihat banyak kapal-kapal yang sedang berlabuh di kawasan Kuala Dungun, dan juga kelihatan sebuah Syarikat Pembuatan Bot yang terkenal iaitu A'king Boat. Jika anda datang ke negeri Terengganu, maka tidak rugi jikalau anda berkunjung pula ke daerah Dungun. Selain daripada pantai dan sungainya yang cantik, malah anda akan dapat melihat pemandangan yang indah serta memukau kepada sesiapa sahaja yang datang ke sini.
Nama seperti Bukit Belah, Batu Payung, Pimpin, Benteng Kuala Dungun, Bawah Jambatan, Bijangga, Sungai Buaya merupakan tempat-tempat yang terkenal dengan aktiviti memancing dan selalu sahaja disebut oleh kaki-kaki pancing yang semestinya terkenal dengan spesis ikan terbaik seperti Siakap Merah, Siakap Putih, Kerapu, Jenahak, Cermin, Tetanda, Pari, Repuh, Senangin, Gelama, Kurau dan sebagainya. Sempat juga penulis rakamkan siakap merah yang berjaya dipancing di lokasi bawah jambatan Dungun ini yang penuh dengan batu-batuan di mana tempat kegemaran spesis ini bermain.