Thursday, January 27, 2011
Siakap Merah 500g
Wednesday, January 26, 2011
Kuku Kuku Kuku
25 Jan 2011 Berita mengenai si ikan kuku lagi, 1kg lebih ikan kuku telah berjaya dipancing oleh orang yang tidak asing lagi dalam group Siakappaka "Adi Kuku" beliau telah memecah rekod 3 kali berturut-turut berjaya memancing si ikan kuku ini dalam musim tengkujuh permulaan tahun baru 2011, memang kena dah dengan tajuknya, keseluruhan berat 3 ekor ikan kuku ini adalah 5kg syabas diucapkan kepada beliau sebab itu namanya terus dipanggil Adi Kuku.
Monday, January 24, 2011
Kuku Putih 2kg
Berumpankan roti gardinea bercampur dengan minyak masak yang telah digunakan, tahniah diucapkan kepada beliau. Takapan ini adalah yang terbesar selepas Bro Fairus dalam group Siakappaka dalam musim tengkujuh ini.
Ikan kuku jarang didengari oleh umum, malah ada juga kaki pancing yang tidak mengenali spesies ini. Ini kerana jarang warga pancing menjadikan ikan ini sebagai satu-satunya spesies buruan utama dalam trip memancing.
Kalau nak dibandingkan ikan kuku dengan ikan siakap, ikan kuku lah lebih mahal harganya sehingga mencecah RM35-RM40 sekilogram. (Info: Kalau di sabah ikan kuku ini lebih dikenali dengan nama ikan Kakas.)
Thursday, January 20, 2011
Kuku Putih Paka
Assalamu'alaikum semua... Hari ini 20 Januari 2011(15 Safar 1432H) ikan Kuku Putih seberat 1kg yang berjaya dipancing oleh Bro Fairus ini adalah takapan ikan pertama yang terbesar dalam group team Siakappaka dalam musim tengkujuh di Paka Dungun Terengganu.
Sepertimana yang kita sedia maklum, negara kita pada kebiasaannya akan mula menghadapi musim tengkujuh sekitar pertengahan November dan akan berakhir pada Mac tahun berikutnya.
Angin Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan bertumpu ke negeri-negeri di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan kemudian beredar ke selatan seperti Pahang dan Johor.
Ketika itu negeri-negeri di pantai timur akan menerima hujan berterusan manakala di pantai barat pula akan menerima hujan dan ribut petir. Musim tengkujuh yang berterusan biasanya akan membawa kesan negatif kepada alam sekitar seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya.
Sebab itulah info-info terbaru dalam Blog Siakappaka ini tidak dapat dikeluarkan al maklum laa dalam musim-musim tengkujuh ini ikan semua balik rumah dan tidur secukup-cukupnya hi...