Blogs Fishing

Wednesday, September 25, 2013

Janggut

Janggut selalunya tumbuh di bahagian dagu dan pipi. Tahukah anda bahawa menyimpan janggut ini sunnah Rasulullah S.A.W, yang sangat dituntut kepada kaum Adam? Rasulullah menggalakkan Muslimin sekalian menyimpan janggut dengan ukuran lebih kurang segenggam. Rasulullah bersabda, mafhumnya: "Hendaklah kamu membezakan diri daripada kaum musyrik, pendekkan misai yang melitupi bibir dan simpanlah janggut sampai lebat."(Riwayat Muslim).

Hukum mencukur janggut mengikut mazhab Syafi'i adalah makruh. Namun kita dibolehkan menipiskan janggut agar ia berada dalam keadaan yang terurus dan kemas.