Blogs Fishing

Wednesday, June 26, 2013

Bismillah & In Syaa Allah

Bismillah. Adat mengatakan kereta terpakai ataupun kereta yang sudah lama dipakai menggunakan duit yang banyak untuk kos penyelenggaraan. Adat mengatakan kos penyelenggaraan untuk kereta baru ataupun yang masih baru adalah rendah ataupun jimat jika dibandingkan dengan kereta lama.

Akal menyatakan kereta lama juga boleh jimat and tidak memerlukan kos penyelenggaran yang tinggi, dengan izin Allah SWT. Itu antara sebab saya melihat banyak kereta lama yang dibaca bismilah sebelum memulakan perjalanan, bertahan lebih lama dan lebih selamat dari kereta baru yang tidak dibaca bismillah. Maksud di sini, adat tidak boleh dijadikan 100% peraturan hidup, kerana itu adalah syirik kecil kata seorang ustaz kepada saya.

Adat mengatakan kereta bergerak kerana minyak petrol ataupun diesel. Akal mengatakan kereta bergerak di atas izin Allah SWT. Adat mengatakan, sekiranya kita makan ubat sakit kepala, maka sakit kepala itu hilang. Adat mengatakan, sekiranya tidak dimakan ubat sakit kepala itu, sakit kepala itu akan berterusan untuk tempoh yang lebih lama.

Akal menyatakan sakit kepala hilang bukan kerana ubat tetapi 100% Allah, ubat itu adalah syarat adat, iaitu supaya kita berusaha. Apabila menyakini ubat yang