Blogs Fishing

Wednesday, October 17, 2012

Tuka

Dalam sibuk memancing siakapmerah semalam tersangkut pula si ikan Tuka atau Tetuka pada kail. Pasti sedap jika dibakar dan dicicah dengan kuah asam atau juga enak jika dibuat kari, stim, tiga rasa serta asam kuah lada. Tuka adalah spesis anak ikan pari yang banyak dan tidak terancam dari dulu sehingga sekarang, saiznya kecil sahaja sehingga paling besar dua belah telapak tangan dewasa bersaiz besar, habitatnya laut terutama di persisir pantai dan di muka kuala, dietnya pula ialah anak udang, anak ikan, ketam angin dan hirisan ikan, udang serta sotong. Tapi awas, berhati-hati dengan sengat di ekornya sama seperti bisa sengat ikan pari dewasa.

Masa: 10.00pm
Pemancing: Admin
Lokasi: Pelor, Kg. Tebing Tembah, Paka Dungun, Trg.

Ikan Depu

Sekali dilihat ianya seakan-skan ikan kerapu harimau. Tetapi sebenarnya inilah ikan depu. Ianya bewarna coklat dan mempunyai kulit yang agak kasar. Gemar bersembunyi di dalam lumpur, karang dan batu-batuan, merupakan spesis ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae. Spesis ini akan menyedut buruannya dengan sirip besarnya dan dengan refleks cepatnya mereka menekan buruannya sekaligus. Depu dikenali kerana Senjatanya iaitu duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut. Jadi kepada para pemancing perlulah berhati-hati ketika mengendalikan ikan ini, atau dengan kata mudah tak payah sentuh lansung ikan ini kerana boleh dikatakan seluruh tubuh spesis ini mempunyai bisa yang amat beracun.

Sebenarnya ada banyak spesis ikan depu yang diambil maklumat daripada wikipedia di antaranya:
  1. Ikan Depu Kerapu 
  2. Ikan Depu Layer 
  3. Ikan Depu Tebuan
  4. Ikan Depu-Batu Karang 
  5. Ikan Depu-Belang Karang 
  6. Ikan Depu-Belang Karang 
  7. Ikan Depu-Belang Zebra 
  8. Ikan Depu-Belang Zebra 
  9. Ikan Depu-Kala Janggut 
  10. Ikan Depu-Kala Jingga 
  11. Ikan Depu-Kerapu Bara 
  12. Ikan Depu-Kerapu Karang 
  13. Ikan Depu-Kerapu Sisik 
  14. Ikan Depu-Laut Dalam Lolong 
  15. Ikan Depu-Laut Gelang 
  16. Ikan Depu-Lebah Abu 
  17. Ikan Depu-Lebah Jalur 
  18. Ikan Depu-Sengat Bongkok 
  19. Ikan Depu-Sengat Janggut 
  20. Ikan Depu-Singa Zebra