Blogs Fishing

Thursday, July 26, 2012

Belida Durian Mentangau

Assalamu'alaikum, Bro Amer dan ikan belida yang berjaya dipancing olehnya di Sungai Durian Mentangau Dungun dengan berumpankan anak udang. Ikan belida senang dipancing menggunakan umpan cacing atau udang kecil, belida ialah sejenis spesies ikan yang boleh hidup di sungai tenang dan tasik. Ia boleh dijumpai di sungai-sungai Asia Tenggara. Kepentingan utama ikan belida ialah sebagai ikan akuarium. Ikan belida ini tiada sisik, kalau ada pun sedikit sahaja. Tulangnya banyak dan bercabang dua.

Belida ikan yang unik kerana bentuk tubuhnya yang berbeza dari ikan lain. Tidak ada ikan tempatan lain yang seiras dengannya, kalau adapun yang paling dekat mungkin tapah. Dengan rahang yang luas, misainya dan perut yang menggeleber, perbezaannya amat ketara. Belida ialah ikan yang nipis jika dilihat dari pandangan atas, lebih nipis dari lampam dan ianya juga sejenis ikan yang pembesarannya tidak terhad. Di semenanjung Malaysia, kebiasaannya dijumpai di sungai-sungai kecil, paya atau lombong. Manakala di utara dan Kelantan belida dikenali sebagai ikan selat. Ikan belida ini paling laris di restoran cina dengan harga mencecah rm15 1kg, isinya diambil untuk dijadikan bebola ikan(fishball).