Blogs Fishing

Tuesday, April 17, 2012

Gelama Gigi

Gambar menunjukkan ikan Gelama Gigi yang berjaya Pak Ripin memancing semalam di Pantai Kuala Dungun, lihatlah saiznya agak menarik juga kan, saiz sebesar selipar bersaiz lapan dan sembilan.
Ikan Gelama ini ada berbagai jenis yang biasanya disebut-sebut oleh kaki-kaki pancing di Terengganu antaranya Gelama Pisang, Gelama Bongkok, Gelama Gigi, Gelama Eput', Gelama Hitam dan Ibu Gelama, tapi mungkin berlainan nama-nama ikan gelama ini di luar sana.
Semestinya antara jenis-jenis ikan Gelama ini yang dicari-cari dan yang dinanti-nanti adalah dari spesis Gelama Gigi yang bersaiz besar kerana spesis ini ganas ketika menyambar umpan dan pemancing juga merasa syok ketika mana hendak menaikkan ikan ini. Rajah menunjukkan ikan-ikan Gelama yang berjaya dipancing oleh beliau walaupun tidak seberapa mana hasilnya Alhamdulillah asalkan dapat rasa syok itu dah cukup memadai... Pak Ripin

Gelama Pak Asin


15 April 2012, Pak Asin dalam misi mencari ikan gelama sebanyak mungkin, kata Pak Asin isi ikan gelama ini memang enak dimakan yang kecil-kecil pula lebih sedap jika dibuat ikan masin atau ikan kering. Gelama adalah spisis ikan yang gemar bermain di perairan pantai yang sekarang ni banyak melanda di perairan pantai-pantai timur terutamanya di lokasi ini Pantai Teluk Lipat di kawasan Kuala Dungun.
Musim ini gelama sangat popular bagi kaki-kaki pancing, pergilah di mana-mana pantai pun di kawasan Terengganu ini semestinya ramai dipenuhi oleh pemancing-pemancing dalam memburu si ikan gelama ini. Bagi Pak Asin semestinya di musim sekarang ini setiap petang hingga ke malam pasti akan turun ke lokasi pantai ini untuk memburu si ikan gelama dan spisis ikan gelama kegemaran beliau yang dicari-cari semestinya ikan Gelama Gigi. Rajah menunjukkan hasil gelama beliau perolehi yang tidak seberapa.