Blogs Fishing

Saturday, March 10, 2012

Tetuka

Dalam sibuk memancing ikan gelama semalam di Teluk Lipat Dungun, tersangkut pula si ikan tuka atau tetuka pada kail. Dikatakan hampir semua pemancing-pemancing semalam memperolehi ikan tuka ini. Sedap jika dibakar dicicah dengan kuah asam dan juga enak jika dibuat kari, stim, tiga rasa serta asam kuah lada. Apa itu ikan tuka? Tuka adalah spisis anak ikan pari, spisis yang banyak dan tidak terancam dari dulu sehingga sekarang, saiznya kecil sahaja sehingga max besar dua belah telapak tangan dewasa bersaiz besar, habitatnya laut terutama di persisir pantai dan di muka kuala, dietnya pula ialah anak udang, anak ikan, ketam angin dan hirisan ikan, udang serta sotong. Tapi awas, hati-hati dengan sengat di ekornya agak bisa juga tu seperti bisa sengat ikan pari dewasa.

Teluk Lipat Kini


Teluk Lipat Kini berwajah baru, selepas tsunami kecil pada 25 Disember 2011, baru sekaranglah apa yang dicadangkan oleh rakyat Dungun untuk diletakkan pemecah ombak di sepanjang Sura Jati di Teluk Lipat ini dilaksanakan oleh kerajaan, apa pun bersyukur pada Tuhan kerana jalan disepanjang pantai ini telah siap dan selesa digunakan pada bulan lepas, dan bersyukur juga kerana memberi kemudahan dan kegembiraan kepada kaki-kaki pancing untuk memancing di tempat baru ini, lihatlah dua pemecah ombak yang siap dibina sekaligus menjadikan kawasan ini sebagai satu lagi lubuk ikan dan sotong bermain, tahniah diucapkan kepada kerajaan Dungun.