Blogs Fishing

Sunday, December 25, 2011

Kesan Ombak Pantai TLD

Assalamu'alaikum, berita tergempar jeng... jeng... akibat ombak ganas yang melanda di Pantai Teluk Lipat Dungun Terengganu telah menyebabkan berlakunya kejadiaan jalan atau tanah runtuh di sepanjang pantai tersebut terutamanya di hadapan Taman Selera dan Sekolah Agama IMTIAZ, khabarnya kejadian berlaku pada malam semalam. Berita ini juga menjadikan berita gembira kepada para-para kontraktor, aaa lepas habis musim tengkujuh ni makan besar lah dia orang, siapa-siapa yang bergelar kontraktor tu cepat-cepat la rebut tender projek ni nanti.

Untuk pengetahuan, kejadian air pasang dan ombak besar yang melanda sebahagian pantai di daerah Dungun ini adalah antara yang paling terburuk pernah berlaku sejak 50 tahun lalu.