Blogs Fishing

Monday, October 17, 2011

Tumpang Tuah

Shahrul, Mohamad Irwan bawa pulang wang tunai RM20,000.

Seekor kerapu seberat 16.74 kilogram (kg) memberi rezeki buat seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Shahrul Che May apabila dinobatkan juara pertandingan memancing Pusingan Akhir Grand Slam (GS) Gp Joran 2011, Dungun, Ahad lalu.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM20,000 yang sekali gus mengalahkan 600 peserta Kategori Laut yang mengambil bahagian. Juruteknik dari Shah Alam itu mengakui kemenangannya dalam pertandingan boleh diibaratkan rezeki

Hadiezri, Ahmad Nizam menang besar, puas

DUA pertandingan memancing kategori pantai yang disertainya selang seminggu memberikan Hadiezri Abdul Khalib rezeki lumayan apabila berjaya mengumpul RM7,000. Kejayaan membawa pulang RM4,000 selepas muncul tempat ketiga kategori pantai dengan ebek seberat 1.4 kilogram di pusingan akhir Grand Slam GP Joran Berita Harian di Kuala Dungun.

Kejayaannya itu menjadi pelengkap gelarannya sebagai jagoan pantai kerana seminggu sebelum itu, Hadiezri, 27, muncul pemenang tempat kedua acara memancing pantai dengan wang kemenangan RM3,000 ketika mengambil bahagian dalam satu pertandingan