Blogs Fishing

Thursday, September 15, 2011

Monyet & Ikan

Suatu hari, seekor monyet yang sedang kehausan pergi ke sebuah kolam untuk minum bagi menghilangkan dahaganya. Ketika dia hendak minum, tiba-tiba perhatiannya tertumpu pada seekor ikan koi yang sedang berenang di dalam kolam tersebut. Lalu ia berfikir “Kasihan sekali ikan ini, ia pasti memerlukan pertolongan.” Dengan tidak berlengah, si monyet segera menghampiri ikan tersebut terus mengangkat dan meletakkannya di atas darat.

Monyet itu kemudian berkata dalam hatinya, “Sekarang pasti kamu merasa lebih selamat.” Tidak lama kemudian, ikan tersebut pun mati. Si monyet kebingungan memikirkan hal ini. “Bukankah aku telah menolongnya, bukankah ia sekarang telah berada di tempat yang lebih baik, lalu mengapa ia mati?” Si monyet berkata kepada dirinya sendiri.

Rasionalnya: Banyak di antara kita yang bertindak seperti monyet tersebut, yang menganggap tindakannya mengangkat ikan tersebut ke darat sebagai tindakan menolong kerana dia melihat dari kaca matanya sendiri yang tidak dapat berenang. Keadaan ikan yang tercungap-cungap semasa berada di atas darat semakin menyakinkan dirinya bahawa ikan tersebut sangat memerlukan pertolongan, kerana dia menganggap ikan

Kisah Pisang

Hayati kisah ini: Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari.

Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.