Blogs Fishing

Sunday, September 11, 2011

Terpaksa Berbogel Ke Sekolah

Kesian... Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu.

Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah.

Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah. Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian