Blogs Fishing

Thursday, August 18, 2011

Puasa Ramadhan & Kelebihannya

Assalamu'alaikum... Alhamdulillah, sekarang kita telah masuk pada hari ke 18 Ramadhan 1432H hari dan peringkat keampunan dari Allah Ta'ala, mudah-mudahan kita semua dapat menjalani amalan-amalan ibadah dengan lebih mantap lagi, di sini ingin saya nak kongsikan sedikit maklumat yang dipetik dari halaman blog Ustaz Sham Dungun Terengganu. Puasa di bulan Ramadhan tidak boleh ditetapkan begitu sahaja bahkan ia wajib diketahui melalui melihat anak bulan atau telah cukup 30 hari bulan sya'aban.

Sabda Rasulullah:

لا تقدموا رمضان بيوم أو يومين صوموا لرؤيته وأفطروا لرؤيته فإن غم عليكم فإكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما

Yang bermaksud : Jangan kamu mendahului puasa dan berbuka puasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan ramadhan dengan cara melihat anak bulan, jika tidak kelihatan maka hitunglah sehingga cukup 30 hari dalam bulan sya'aban.

Dan ketahuilah bahawa kefardhuan puasa di bulan Ramadhan telah difardhukan pada tahun kelapan hijrah, dan Rasulullah sallallahualaihiwasallam telah berpuasa bulan Ramadhan sebanyak 9 tahun dan wafat selepasnya. Dan kewajipan berpuasa dikira sebagai satu kewajipan di atas semua orang Islam sama ada alim ataupun jahil, maka barangsiapa yang mengingkari akan kewajipannya maka dia