Blogs Fishing

Tuesday, August 9, 2011

Mencari Muka Surat Dalam Al-Quran

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah untuk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah (datang daripada Allah bukan dicipta dari manusia).

Hari ini 9 Ramadhan 1432H, di hari dan bulan yang mulia ini marilah kita sama-sama berkongsi tips-tips bagaimana cara yang mudah untuk mencari dan menghafal muka surat setiap juzuk di dalam Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk dalam Al-Quran. Mari kita cuba, Jom sama-sama kita belajar...