Blogs Fishing

Tuesday, June 28, 2011

Tanggapan Salah Mengenai Nisfu Sya'ban

Malam Nisfu Sya’ban

Bulan Sya’ban bakal menjelma dan akan disusuli pula dengan bulan Ramadhon yang mulia. Maka amat beruntunglah mereka yang memperbanyakkan amal ibadah, beruntunglah mereka yang bertaqwa kepada Allah dan menyahut kedatangan hari akhirat dengan semangat yang tinggi. Setiap amalan yang dikerjakan hamba dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah maka baginya atas setiap amalan kebaikan yang dilakukan mendapat sepuluh pahala, ini adalah sekurang-kurang pahala yang bakal dia perolehi, kemudian Allah Ta’ala akan gandakan pahala kepada siapa yang dia kehendaki sehingga 700 kali ganda dan kemungkinan ditambah lagi dengan berlipat kali ganda, kadang-kadang ditulis satu amalan kebaikan dengan seratus ribu dan kadang-kadang lebih dari itu lagi. Allah Ta’ala berfirman dlm Surah Al-Qosos ayat 77 yang maksudnya: “dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi”. Iaitu jangan kamu lupakan bahagianmu di akhirat dari kehidupan dunia.

Siapa-siapa yang membuat bekalan untuk akhiratnya di dunia ini maka dia orang yang memiliki bekalan dan siapa yang tidak menyediakan bekalan maka dia orang tidak ada bekalan di akhirat. Allah Ta'ala berfirman maksudnya