Blogs Fishing

Thursday, October 21, 2010

Carta Tip Top Team Siakappaka Oktober 2010_Bhg. 2

21 Oktober 2010: Salam semua... hari ni bersambung lagi trip memancing untuk merebut carta tip top dalam team Siakappaka... memandangkan air sungai hari ini agak keruh, jika diikutkan keadaan air sungai sebegini menyukarkan untuk mendapat ikan kelas baik punya, kalau dapat pun tak lain tak bukan semestinya si ikan duri dan si ikan belukang... walau bagaimana pun kalau dah ada rezeki ada lah juga kan... untuk hari ini dimenangi oleh Bro Hadi dengan hasil tangkapan beliau si ikan Siakap Merah seberat 500g tahniah diucapkan...

Piranha Gergasi

IKAN spesies piranha ini ditangkap ketika penggambaran River Monsters.

LONDON: Pemancing Britain, Jeremy Wade kelihatan bimbang ketika memegang ikan 'harimau gergasi'.

Pemancing berusia 52 tahun itu menangkap ikan spesies piranha itu ketika menyertai ekspedisi memancing di Sungai Kongo, Afrika.

Ikan harimau gergasi itu adalah antara ikan air tawar yang digeruni di dunia dan dikatakan lebih besar dan bahaya berbanding spesies piranha lain. Ia memiliki 32 gigi yang saiznya sama dengan gigi ikan jerung putih dan diketahui menyerang manusia dan juga buaya.

Hanya segelintir pemancing pernah menangkapnya kerana bahaya dan habitatnya yang sukar dijejaki. Wade, hos rancangan River Monsters terbitan ITV berkata, dia begitu berhati-hati ketika menaikkan ikan berkenaan yang beratnya lebih 45 kilogram dan panjang 1.6 meter.

Mengulas mengenai ikan itu, Wade berkata, amat sukar untuk menangkapnya lebih-lebih lagi oleh orang luar kerana habitatnya yang jauh di pedalaman. “Tiada penunjuk arah untuk ke kawasan habitatnya,” kata Wade. Dia yang menghabiskan masa lapan hari untuk menangkap ikan melepaskan semula ikan itu tidak lama selepas menangkapnya.

Harian Metro