Blogs Fishing

Tuesday, February 23, 2010

Sangkar Ikan Siakappaka


Pemandangan Sangkar Ikan Siakapputih club Stopamin - The most amazing home videos are here

Salam semua... Inilah pemandangan di kawasan sangkar ikan siakapputih yang terdapat di sungai Paka Dungun. Peh! hijau air sungainya, cantikkan? Kebiasaannya air sungai macam ni lah banyak ikan masuk, wu... mesti seronok memancing time-time macam ni... Terdapat 23 sangkar ikan di sini (tetapi ada beberapa buah sangkar ikan yang kosong) dan di dalamnya dipenuhi sebanyak hampir 5000 ekor ikan siakap putih... 1kg ikan siakapputih harganya RM14.50 harga pasaran di sini, 2kg RM30 (tetapi jika berat ikan siakapputih itu seberat 600g-700g harganya mencecah RM17 - RM18.50). Kalau ikan-ikan ni semua dah sampai masanya untuk dijual sudah tentu bleh buat duit lebih. InsyaALLAH...

Memancing Siakap 5.87kg

Pemulauan Terhadap Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam

PEMULAUAN TERHADAP RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam

Setelah gagal dalam usaha untuk menghentikan dakwah Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam, maka puak kafir Quraisy telah bersepakat untuk membunuh Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam. Mereka telah memaklumkan tujuan tersebut kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib. Kedua-dua kabilah ini tidak bersetuju dan enggan menyerahkan Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam terhadap usaha nekad kafir Quraisy tersebut.

Setelah gagal untuk membunuh baginda seperti yang dirancang, kafir Quraisy bersepakat pula untuk memulaukan baginda Sollallahhu'alaihiwasallam dan sesiapa saja orang Islam yang bersama baginda serta seluruh Bani Hashim dan Bani Abdul Muttalib yang mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan tersebut mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis di mana mereka tidak akan mengahwini, berjual beli dengan mereka yang diputuskan hubungan itu, menyekat sumber-sumber rezeki yang mengalir kepada kalangan mereka, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berkasihan belas terhadap mereka kecuali setelah Bani Abdul Muttalib menyerahkan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam kepada mereka untuk dibunuh. Naskhah perjanjian tersebut telah digantung di ruangan Kaabah.

Seluruh kafir Quraisy berpegang kepada perjanjian tersebut untuk selama 3 tahun yang bermula daripada bulan Muharram tahun ketujuh hingga tahun kesepuluh selepas kebangkitan baginda sebagai Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam. Ada pandangan yang mengatakan pemulauan itu berlaku 2 tahun sahaja.



USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

Tawaran Kepada RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam Oleh Kaum Kafir Quraisy

TAWARAN KEPADA RASULULLAH Sollallahhu'alaihiwasallam OLEH KAUM KAFIR QURAISY


Setelah usaha penyeksaan yang dilakukan oleh golongan kafir Quraisy terhadap pengikut-pengikut Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam tidak membuahkan hasil, maka mereka pun berikhtiar dengan cara lain bagi memastikan Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam menghentikan usaha dakwah yang dilakukan. Kaum kafir Quraisy menggunakan kaedah rundingan penawaran kepada baginda. Mereka telah beberapa kali mengutuskan wakil untuk berbincang dan menawarkan pelbagai perkara kepada baginda. Di antara mereka yang pernah diutus ialah 'Utbah bin Rabi'ah, al-Walid bin al-Mughirah dan al-'As bin Wail. Mereka menawarkan kekayaan, pangkat dan perempuan kepada baginda. Semua tawaran tersebut ditolak mentah-mentah oleh baginda. Salah satu jawapan baginda ialah :

"Sebenarnya aku ini tidak ada kena mengena dengan apa yang kamu suarakan tadi. Segala apa yang aku bawa ini bukan dengan bertujuan mencari harta kekayaan, pangkat dan kekuasaan tetapi Tuhan telah mengutuskan aku untuk kamu sekalian di samping itu diturunkan Kitab Suci kepada aku dan Tuhan telah menyuruh aku menyampaikan berita yang menakutkan dan menggembirakan. Kewajipanku semata-mata menyampaikan apa yang telah dipertanggungjawabkan ke atasku. Sekiranya kamu terima maka itu adalah habuan kamu untuk dunia dan akhirat. Dan kalaulah kamu menolak tidak ada lain hanya bersabarlah sahaja sehingga Tuhan menjatuhkan hukumanNya di antara aku dan kamu sekalian."



USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL
PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313

SELAWAT NABI Sollallahhu'alaihiwasallam

SELAWAT NABI Sollallahhu'alaihiwasallam

Marilah Berselawat...
Bersempena kedatangan hari kelahiran baginda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam,
marilah sama-sama kita selalu berselawat ke atas baginda Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam sebagai lambang cinta dan kasih kita kepada baginda.
Semoga kita mendapat ganjaran dari Allah Ta'ala dan menyemai rasa rindu kita kepada Rasulullah Sollallahhu'alaihiwasallam.

Kelebihan berselawat:
1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam.
• Sabda Nabi Muhammad Sollallahhu'alaihiwasallam :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "



USTAZ AHMAD FIRDAUS BIN ISMAIL

PEGAWAI PENASIHAT AGAMA
KETUA UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN
CENTRE for ISLAMIC THOUGHT AND UNDERSTANDING
UITM TERENGGANU
TEL : 09-8400313 / 1313